Sunday, January 2, 2011

TUGASAN USUL FIQH SEMESTER 1 SESI AKADEMIK 2010/2011 > AL-SUNNAH

PENDAHULUAN
Dalam mempelajari sumber-sumber hukum yang disepakati antaranya ialah al-Quran, al-Sunnah, ijmak dan qiyas. Tajuk kajian yang telah disiapkan ini berkaitan sumber kedua dalam perundangan Islam iaitu al-Sunnah. Skop kajian lebih kepada menghuraikan definisi, pembahagian, jenis-jenis al-Sunnah dari segi periwayatan, kehujahan dan peranan al-Sunnah.
            Dalam menghuraikan maksud al-Sunnah, ia dibahagikan kepada beberapa kategori. Antaranya menurut ulamak usul fiqh, hadis dan fiqh. Namun penegertian yang diterima dalam kajian ini ialah pengertian ulama usul fiqh.
            Seterusnya, kajian ini menghuraikan pembahagian al-Sunnah. Al-Sunnah dibahagikan kepada tiga bahagia iaitu qauliyyah, fi’liyyah dan taqririyyah. Jika dilihat jenis-jenis al-Sunnah dari segi periwayatannya, ia juga dibahagikan kepada tiga iaitu mutawatir, masyhur dan ahad.
            Selain itu, kumpulan ini juga turut menghuraikan kehujahan al-Sunnah di dalam kajian ini. Anatara hujah yang menyokong al-Sunnah dilihat dari aspek al-Quran, al-Sunnah, ijmak dan akal.  Kesemuanya memperakui bahawa al-Sunnah adalah kehujahan selepas al-Quran.
            Bahagian terakhir dalam kajian ini ialah peranan al-Sunnah. Lima perana utama al-Sunnah telah dikenal pasti. Antaranya termasuklah al-Sunnah bertindak sebagai penyokong kepada hukum-hukum yang terdapat di dalam al-Quran, penjelas kepada ayat-ayat yang mujmal dan mengkhususkan hukum-hukum yang umum.
            Semoga dengan kajian yang telah disiapkan ini, diharapkan boleh menjadi  sumber rujukan kepada para mahasiswa.


DEFINISI AL-SUNNAH

Al-Sunnah pada bahasa membawa maksud perilaku, norma, peraturan dan amalan (Mohd Khairi Zainuddin 2010 : 401 ). Al-Sunnah juga dapat ditakrifkan sebagai  kelakuan atau  tindak tanduk sama ada baik atau buruk (Azwira Abdul Aziz 2009 : 9).
Selain itu al-Sunnah dapat diertikan sebagai lawan kepada perkataan bid’ah (Al-Siba’i 1978: 48) dan setiap yang disandarkan kepada Rasulullah itu sendiri sama ada berbentuk percakapan, perbuatan dan pengakuan (Abdul Wahab Khallaf 1995 : 37).     
Dari segi istilah pula, ia ditakrifkan dengan definisi yang berbeza mengikut pandangan ulama  yang berlainan iaitu pandangan ulama fiqh, ulama usul dan ulama hadis:
a) al-Sunnah menurut ulama fiqh                         
Ulama fiqh mentakrifkan al-Sunnah sebagai sesuatu perkataan, perbuatan dan pengakuan Nabi S.A.W. yang menetapkan hukum yang termasuk dalam ahkam al-khamsah (hukum yang lima) seperti wajib, sunat, haram, makruh dan harus (Abdullah Hj Ishak 1997: 57)
 Pengertian ini sesuai dengan ulama fiqh yang melihat segala perbuatan Rasulullah S.A.W. adalah menjadi dalil kepada hukum-hukum syarak ke atas segala perbuatan hamba sama ada wajib, sunat,harus, makruh, dan haram (al-Siba’i 1978: 8). Bagi mereka, yang penting ialah kedudukan Rasulullah itu sendiri yang merupakan sebagai seorang pembuat dasar atau musharri’.
Oleh yang demikian, perkataan al-Sunnah mereka khususkan kepada perkara-perkara yang digalakkan untuk melakukannya serta tidak ada dalil yang menghalang daripada meninggalkannya. Dengan kata lain al-Sunnah menurut fuqaha ialah perbuatan yang dituntut oleh syarak ke atas mukallaf supaya melakukannya tetapi bukan secara jazm iaitu bukan wajib dan bukan fardu (Abbas Mutawalli t.t: 23).



b) al-Sunnah menurut ulama usul
Ulama usul mentakrifkan al-Sunnah sebagai setiap yang datang daripada Rasulullah yang boleh dijadikan sebagai dalil hukum syarak (Wahbah al-Zuhaili 1986 1:450). Dalil-dalil ini dapat diambil daripada kata-kata, perbuatan dan perakuan yang  bukan merupakan mukjizat.
Pengertian ini sinonim dengan ulama  usul itu sendiri kerana mereka melihat Nabi sebagai Sahib al-Tashri’ yang menetapkan kaedah-kaedah bagi para mujtahid untuk mengambil hukum yang akan datang sesudahnya dan Baginda juga sebagai seorang yang menerangkan keseluruhan perlembagaan hidup manusia. Oleh itu, ulama usul menumpukan perhatian mereka kepada kata-kata, perbuatan, dan perakuan Rasulullah S.A.W. yang dapat dijadikan sebagai dalil-dalil bagi mensabitkan segala hukun syarak (Al-Siba’i 1964: 49).

c) al-Sunnah menurut ulama hadis
Menurut ulama hadis, al-Sunnah adalah setiap yang diriwayatkan daripada Nabi sama ada kata-kata, perbuatan, perakuan, kelakuan, sifat kejadian, sifat akhlak dan setiap yang disandarkan kepada Rasulullah S.A.W. sebelum kerasulannya mahupun selepasnya dan sama ada sunnah tersebut mensabitkan hukum syarak atau sebaliknya (Abbas Mutawalli t.t: 23).
Ulama hadis  masing-masing memandang Nabi itu sebagai al-Imam al-Hadi iaitu pemimpin yang membawa petunjuk kepada jalan yang benar  seperti yang diceritakan oleh Allah kapada kita bahawa Junjungan adalah menjadi teladan dan ikutan kepada seluruh umat manusia. Oleh yang demikian ulama hadis telah meriwayatkan setiap perkara  yang berkaitan dengan Rasulullah (Al-Siba’i 1978 : 49) sesuai dengan objektif perbincangan  mereka.
            Kesimpulannya, ulama fiqh, ulama usul dan ulama hadis sama-sama mentakrifkan al-Sunnah sebagai setiap perkara yang disandarkan kepada Rasulullah sama ada berbentuk percakapan, perbuatan ataupun pengakuan. Namun di sini dapat disimpulkan bahawa takrif yang lebih sesuai ialah takrif daripada ulama usul kerana ia amat bertepatan dengan konsep perbincangan kerana  membincangkan aspek kehujahan secara umum dan merangkumi setiap jenis al-Sunnah selain daripada membincangkan syarat-syarat yang mesti ada pada perawi.

PEMBAHAGIAN AL-SUNNAH
Menurut Dr. Abd. Karim Zaidan di dalam kitabnya Al-Wajiz fi Usul al-Fiqh, al-Sunnah terbahagi kepada  tiga, iaitu:
 a) Sunnah Qauliyyah: Segala bentuk perkataan atau ucapan Nabi S.A.W. yang bertujuan memberi penjelasan terhadap sesuatu hukum atau sesuatu tindakan agar umatnya melakukan perbuatan tersebut atau meninggalkannya ( Abdullah Hj Ishak 1997 : 58 ). Contohnya:
إنما الأعمال بالنيات
(رواه البخاري ومسلم)
Maksudnya: “Sesungguhnya setiap amalan itu hendaklah disertakan dengan niat”
b)  Sunnah Fi’liyyah: Segala bentuk perbuatan Nabi S.A.W. sama ada dari segi ibadah, muamalah, pemerintahan seperti solat, berwuduk dan sebagainya. Namun tidaklah semua perbuatan Nabi itu dianggap sebagai al-Sunnah. Ini kerana Sunnah Fi’liyyah terbahagi kepada tiga ( Abd Karim Zaidan 2009 : 130 ):
1. Perbuatan semula jadi (الأفعال الجبليه)  : Iaitu perbuatan-perbuatan yang lahir daripada Nabi secara semula jadi dan tabiat manusia seperti makan, minum dan sebagainya. Secara hukumnya, perbuatan ini tidaklah dianggap sebagai syariat tetapi ia harus diikuti.
2. Perbuatan-perbuatan yang mempunyai dalil yang hanya ditentukan untuk  Rasul sahaja. Hukumnya adalah haram bagi umatnya. Contohnya, berpuasa bersambung siang dan malam, berkahwin lebih daripada empat dan lain-lain lagi.
3. Perbuatan-perbuatan yang lahir daripada Rasulullah yang bertujuan untuk disyariatkan dan dijadikan sebagai rujukan.
C)  Sunnah Taqririyyah: Perakuan Nabi S.A.W. terhadap percakapan, perbuatan atau sesuatu perkara yang dilakukan oleh para Sahabatnya sama ada melalui perakuan Baginda secara terus terang atau dengan mendiamkan diri. Antara contoh taqrir ialah seperti perakuan Nabi S.A.W. terhadap tindakan yang akan dilakukan  oleh sahabatnya Muaz b. Jabal iaitu berijtihad ketika ketiadaan nas-nas al-Quran dan al-Sunnah ( Badran Abu al-Ainain Badran 1972 : 129 ). Selain itu, contoh lain juga adalah tentang memakan dabb. Rasulullah ditanya oleh para Sahabat tentang makanan tersebut sama ada makanan tersebut boleh dimakan atau tidak, maka Rasulullah mengatakan bahawa ia tidak haram, cuma yang menyebabkan aku tidak gemar padanya kerana binatang itu tidak terdapat di negeri kaumku.( Abdullah Hj Ishak 1997 : 60 )


JENIS-JENIS AL-SUNNAH DARI SEGI PERIWAYATANNYA
Al-Sunnah dari segi periwayatannya terbahagi kepada tiga :
a) Hadis Mutawatir
Hadis Mutawatir ialah setiap yang diriwayatkan daripada Rasulullah S.A.W. oleh sekumpulan perawi yang mengikut adatnya mustahil mereka bersepakat memalsukannya di dalam setiap tiga peringkat masa pertama iaitu masa Sahabat, al-Tabi’in dan Tabi’Tabi’in .( Hassan b. Hj Ahmad 2002 : 210 )
            Para ulama tidak menetapkan tentang bilangan mutawatir, ada di antara mereka yang menghadkan bilangannya dengan bilangan tertentu seperti lima, tujuh, sepuluh, dua puluh, empat puluh dan sebagainya, tetapi mengikut pendapat yang kuat bilangan mutawatir ialah bilangan yang membawa kepada keyakinan terhadap perkataan-perkataan orang yang meriwayatkan, tanpa dihadkan bilangan yang tertentu.( Hassan b. Hj Ahmad 2002 : 211 )
Hadis mutawatir terbahagi kepada dua bahagian :
     (1) Hadis mutawatir lafzi:
 Iaitu hadis yang sama makna dan lafaz, diriwayatkan oleh sejumlah perawi yang mencapai tahap mutawatir seperti :
من كذب علي متعمدا فليتبوأ مقعده من النار
(رواه المسلم)
Maksudnya: Barang sesiapa yang mendusta keatas ku secara sengaja maka hendaklah ia menyediakan tempatnya dari neraka.
     
(2) Hadis mutawatir maknawi:
Mutawatir maknawi ialah hadis yang diriwayatkan oleh ramai perawi dengan makna yang sama tetapi berlainan lafaz ( matan ) contohnya hadis berkaitan peristiwa Isra’ dan Mikraj serta hadis berkaitan mayat yang disoal di dalam kubur (Abd Wahab Khalaf 1996 : 75).
           Hadis mutawatir banyak berlaku di dalam bentuk hadis yang berupa perbuatan seperti hadis yang menceritakan tentang Baginda mengambil wuduk, sembahyang, haji, dan sebagainya.

Hukum hadis mutawatir:
Para ulama bersepakat mengatakan bahawa hadis-hadis mutawatir adalah sabit daripada Rasulullah S.A.W. secara yakin, wajib beramal dengannya, murtad mereka yang mengingkarinya dan tidak berlaku perselisihan mengenai hukum dari hadis tersebut kecuali jika pertunjukan lafaznya kepada hukum adalah secara zanni.) Abdullah Hj Ishak 1997 : 50 )

b) Hadis Masyhur
Hadis masyhur bererti hadis yang diriwayatkan oleh tiga orang perawi dan ke atas dalam setiap tabaqat tetapi tidak mencapai jumlah hadis mutawatir. Contoh hadis ini ialah :
انما الأعمال بالنيات,وانما لكل امرىء مانوى
(رواه البخاري ومسلم والترمذي وأحمد)
Maksudnya: setiap amalan itu bermula dengan niat dan ia dikira dari apa yang ia niatkan.
            Hadis ini diriwayatkan oleh Saidina Umar bin Al-Khattab r.a kemudian ia disambung oleh sejumlah perawi yang mencapai tahap mutawatir.
Hukum hadis masyhur :
Tidak diyakini sabitnya dari Rasulullah S.A.W. tetapi ia memberi ketenangan dan zanni yang hampir kepada yakin, wajib beramal dengannya, dan fasik orang yang mengingkarinya tetapi tidak murtad, kerana inilah harus hadis masyhur mengqayyadkan lafaz mutlak dan mentakhsiskan lafaz am di dalam al-Quran. (Hassan b. Hj Ahmad 1998 : 213 )

c) Hadis Ahad
Hadis ahad bererti hadis yang diriwayatkan oleh seorang atau dua atau lebih perawi tetapi tidak mencapai bilangan mutawatir atau masyhur (Mahmood Zuhdi b. Hj Ab Majid & Paizah Hj Ismail 2006 : 112).

Hukum hadis ahad
Para ulama telah sepakat menerima hadis ahad sebagai hujah atau sumber hukum jika ia memenuhi syarat-syarat penerimaannya.  Hadis ahad yang sahih riwayatnya wajib beramal dengannya, sama ada ia menyentuh berkenaan hukum, akidah dan lain-lainnya (Abd Karim Ali & Mohd Noor Deris 2007: 114)

KEHUJAHAN AL-SUNNAH
Para ulama bersepakat berpendapat bahawa al-Sunnah dianggap hujah dan sumber hukum. Maka  wajib beramal dengannya jika ianya sabit daripada Rasulullah S.A.W. Ini bersandarkan kepada  Al-Quran, al-Sunnah, ijmak dan akal.
A. Menurut al-Quran :-
1.         Al-Quran menunjukkan bahawa setiap yang diperkatakan oleh Rasulullah S.A.W. bertujuan mensyariatkan sesuatu hukum adalah wahyu daripada Allah S.W.T. :
$tBur ß,ÏÜZtƒ Ç`tã #uqolù;$# ÇÌÈ   ÷bÎ) uqèd žwÎ) ÖÓórur 4ÓyrqムÇÍÈ  
Maksudnya : Dan tiadalah yang diucapkannya itu (Al-Quran) menurut kemahuan hawa nafsunya. Ucapannya itu tiada lain hanyalah wahyu yang diwahyukan (kepadanya)…
( al-Najm 53:3,4)
Daripada ayat ini dapatlah difahami bahawa perkataan Rasulullah S.A.W. seperti al-Quran dari segi sumber, kedua-duanya itu adalah wahyu daripada Allah S.W.T tetapi al-Sunnah diwahyukan-Nya dengan maknanya sahaja. Kalaulah al-Quran wajib diikuti kerana ia daripada Allah, maka begitu juga dengan al-Sunnah kerana maknanya juga daripada Allah. (Abdul Karim Zaidan 2009: 128)

2.         Allah S.W.T. telah memberi kepada Rasulullah tugas menjelaskan makna-makna al-Quran dan menerangkan hukum-hukum-Nya yang mujmal. Firman Allah S.W.T. :-
ÏM»uZÉit7ø9$$Î/ ̍ç/9$#ur 3 !$uZø9tRr&ur y7øs9Î) tò2Ïe%!$# tûÎiüt7çFÏ9 Ĩ$¨Z=Ï9 $tB tAÌhçR öNÍköŽs9Î) öNßg¯=yès9ur šcr㍩3xÿtGtƒ ÇÍÍÈ  

Maksudnya : Dan kami turunkan kepadamu Al-Quran, agar kamu menerangkan pada umat manusia apa yang telah diturunkan kepada mereka dan supaya mereka memikirkan, yakni: perintah-perintah, larangan-larangan, aturan dan lain-lain yang terdapat dalam Al Quran.
(al-Nahl 16:44)
Daripada ayat ini dapat difahami bahawa penjelasan Baginda adalah menyempurnakan al-Quran dan merupakan perkara yang amat penting bagi membuat kesimpulan hukum. Maka al-Sunnah adalah salah satu daripada dalil-dalil hukum. (Hasan Haji Ahmad 2002:200) 
3.         Banyak ayat yang menunjukkan wajib mengikut al-Sunnah. Di antaranya firman Allah S.W.T. :-
!$¨B uä!$sùr& ª!$# 4n?tã ¾Ï&Î!qßu ô`ÏB È@÷dr& 3tà)ø9$# ¬Tsù ÉAqߧ=Ï9ur Ï%Î!ur 4n1öà)ø9$# 4yJ»tGuŠø9$#ur ÈûüÅ3»|¡yJø9$#ur Èûøó$#ur È@Î6¡¡9$# ös1 Ÿw tbqä3tƒ P's!rߊ tû÷üt/ Ïä!$uŠÏYøîF{$# öNä3ZÏB 4 !$tBur ãNä39s?#uä ãAqߧ9$# çnräãsù $tBur öNä39pktX çm÷Ytã (#qßgtFR$$sù 4 (#qà)¨?$#ur ©!$# ( ¨bÎ) ©!$# ߃Ïx© É>$s)Ïèø9$# ÇÐÈ  
Maksudnya : Dan apa yang diberikan Rasul kepadamu, maka terimalah. Dan apa yang dilarangnya bagimu, maka tinggalkanlah. Dan bertakwalah kepada Allah. Sesungguhnya Allah amat keras hukumanNya. 
(al-Hasyr 59:7)

4.         Firman Allah S.W.T. yang lain:-
$pkšr'¯»tƒ tûïÏ%©!$# (#þqãYtB#uä (#qãèÏÛr& ©!$# (#qãèÏÛr&ur tAqߧ9$# Í<'ré&ur ͐öDF{$# óOä3ZÏB ( bÎ*sù ÷Läêôãt»uZs? Îû &äóÓx« çnrŠãsù n<Î) «!$# ÉAqߧ9$#ur bÎ) ÷LäêYä. tbqãZÏB÷sè? «!$$Î/ ÏQöquø9$#ur ̍ÅzFy$# 4 y7Ï9ºsŒ ׎öyz ß`|¡ômr&ur ¸xƒÍrù's? ÇÎÒÈ  




Maksudnya : Hai orang-orang yang beriman, taatilah Allah dan taatilah Rasul (nya), dan ulil amri di antara kamu. Kemudian jika kamu berlainan pendapat tentang sesuatu, maka kembalikanlah ia kepada Allah (Al Quran) dan Rasul (sunnahnya), jika kamu benar-benar beriman kepada Allah dan hari kemudian. yang demikian itu lebih utama (bagimu) dan lebih baik akibatnya.
(an-Nisa 4:59)

Jelas sekali daripada kedua-dua ayat di atas menujukkan arahan mentaati perintah Allah dan Rasulllah S.A.W. Hal ini kerana terdapat lafaz yang berbentuk perintah supaya menerima dan  mengikuti al-Sunnah yang dibawa oleh Rasulullah S.A.W.

B. Menurut al-Sunnah :-     
تركت فيكم امرين لن تضلوا ما تمسكتم بهما كتاب الله وسنة نبيه
Maksudnya : Aku tinggalkan kepada kamu dua perkara, kamu semua tidak akan sesat selagi kamu semua berpegang dengan kedua-duanya, iaitu Al-Quran dan al-Sunnah Ku.
(Riwayat Bukhari dan Muslim)
Hadis di atas menunjukkan bahawa kita tidak akan sesat jika berpegang dengan hadis. Melalui penjelasan tersebut menunjukkan kepada kita bahawa al-Quran dan hadis merupakan landasan dan asas pegangan umat manusia.

Selain itu, Rasulullah S.A.W. bersabda :
عليكم بسنتي وسنة الخلفاء الرشدين من بعدى
Maksudnya : Kamu hendaklah berpegang dengan sunnah Ku dan sunnah Khulafa’ al-Rasyidin selepas daripadaku.
(Riwayat Bukhari dan Muslim)
Hadis di atas menerangkan bahawa kita hendaklah berpegang dengan dengan sunnah Rasulullah S.A.W. dan sunnah  Khulafa al-Rasyidin. Kemudiannya, hendaklah kita mematuhi perintah pemerintah selagi tidak bertentangan dengan hukum syarak.

C. Menurut Ijmak :-
Para ulama semenjak zaman Nabi Muhammad S.A.W. sehingga hari ini sepakat bahawa wajib berpegang dengan hukum-hukum yang terdapat di dalam al-Sunnah dan mesti dirujuk kepadanya untuk mengetahui hukum-hukum syarak. Oleh yang demikian, tidak ada para sahabat dan mereka yang terkemudian daripada mereka membezakan di antara hukum yang ada di dalam al-Quran dan hukum yang ada dalam al-Sunnah, kedua-dua ini di sisi mereka wajib diikuti kerana sumber keduanya adalah satu iaitu wahyu Allah S.W.T.( Hassan b. Haji Ahmad 2002 : 201)
D. Menurut akal:
Suatu yang diyakini bahawa Nabi Muhammad S.A.W. adalah pesuruh Allah yang  ditugaskan menyampaikan seruan kepada umatnya daripada Allah S.W.T. Oleh  itu,  mempercayai kerasulan Baginda  mengkehendaki kita wajib mentaatinya, patuh kepada hukumnya dan menerima setiap yang datang daripadanya  iaitu mengenai ketaatan kepada Allah S.W.T. dan hukum-hukum yang telah ditetapkan oleh Allah S.W.T. Maka tidak tergambar bahawa kita beriman dengan Rasulullah S.A.W. jika kita menyalahi dan tidak menerima apa yang dibawanya .( Hassan b. Hj Ahmad 2002 : 202)


KAITAN ANTARA AL-SUNNAH DAN AL-QURAN
Al-Sunnah mempunyai kaitan yang sangat rapat dengan al-Quran dalam menentukan hukum. Al-Sunnah sebagai sumber hukum kedua juga berperanan besar dalam menetapkan sesuatu hukum tersebut. Antara kaitan antara al-Sunnah dan al-Quran dalam menetapkan sesuatu hukum ialah:

1.         Al-Sunnah bertindak sebagai penyokong kepada hukum-hukum yang terdapat di dalam al-Quran. (Abd Wahab Khalaf 1996: 72)
al-Sunnah akan menjadi sokongan kepada ayat-ayat al-Quran yang membawakan hukum yang sama. Hal ini dapat menguatkan lagi perintah Allah sama ada yang berbentuk tuntutan mahupun larangan. Sebagai contoh, hukum haram membunuh, menderhaka kepada ibu bapa, wajib solat, puasa, hukum potong tangan terhadap pencuri.
Firman Allah S.W.T. berkaitan perintah kewajipan berpuasa ialah :
$ygƒr'¯»tƒ tûïÏ%©!$# (#qãZtB#uä |=ÏGä. ãNà6øn=tæ ãP$uÅ_Á9$# $yJx. |=ÏGä. n?tã šúïÏ%©!$# `ÏB öNà6Î=ö7s% öNä3ª=yès9 tbqà)­Gs? ÇÊÑÌÈ
 
Maksudnya : Wahai orang-orang yang beriman kamu diwajibkan berpuasa sebagaimana diwajibkan atas orang-orang yang terdahulu daripada kamu, supaya kamu bertaqwa.
(al-Baqarah 2 : 183)

Perintah kewajipan berpuasa ini disokong menerusi sabda Baginda Rasulullah S.A.W. iaitu:

بني الأسلام على خمس : شهادة أن لا اله الله , وأن محمد راسول الله , واءقام الصلاة  واءيتاء الزكاة , والحج , وصوم رمضان


Maksudnya : terbina Islam atas lima perkara, bersaksi bahawa tiada Tuhan selain Allah dan sesungguhnya Nabi Muhammad itu, pesuruh Allah, menunaikan solat, mengeluarkan zakat, menunaikan haji dan berpuasa di bulan Ramadhan.
                                                                                                                        (Riwayat Bukhari)

2.         Al-Sunnah sebagai penjelas atau mubayyin kepada ayat-ayat al-Quran yang mujmal. (Abdul Karim Zaidan 2004: 162)
Kebanyakan ayat-ayat al-Quran hanya menerangkan perkara yang berkaitan dengan Islam secara umum sahaja tanpa menjelaskannya. Penjelasan daripada al-Sunnah ini dapat mengelakkan umat Islam daripada terkeliru mengenai perintah yang terdapat di dalam al-Quran. Al-Sunnah akan berperanan untuk menjelaskannya termasuklah menerangkan kaifiyat melakukan sesuatu ibadat itu. Sebagai contoh, kaedah pelaksanaan solat.
Antara ayat al-Quran yang menyatakan kewajipan solat kepada seluruh umat Islam ialah:
øŒÎ)ur $tRõs{r& t,»sVÏB ûÓÍ_t/ Ÿ@ƒÏäÂuŽó Î) Ÿw tbrßç7÷ès? žwÎ) ©!$# Èûøït$Î!ºuqø9$$Î/ur $ZR$|¡ômÎ) ÏŒur 4n1öà)ø9$# 4yJ»tGuŠø9$#ur ÈûüÅ6»|¡uKø9$#ur (#qä9qè%ur Ĩ$¨Y=Ï9 $YZó¡ãm (#qßJŠÏ%r&ur no4qn=¢Á9$# (#qè?#uäur no4qŸ2¨9$# §NèO óOçFøŠ©9uqs? žwÎ) WxŠÎ=s% öNà6ZÏiB OçFRr&ur šcqàÊ̍÷èB ÇÑÌÈ  
Maksudnya : Dan (ingatlah wahai Muhammad), ketika Kami mengikat perjanjian setia dengan bani Israil (dengan berfirman): "Janganlah kamu menyembah melainkan Allah, dan berbuat baiklah kepada kedua ibu bapa, dan kaum kerabat, dan anak-anak yatim, serta orang-orang miskin; dan Katakanlah kepada sesama manusia perkataan-perkataan yang baik; dan dirikanlah sembahyang serta berilah zakat". kemudian kamu berpaling membelakangkan (perjanjian setia kamu itu) kecuali sebahagian kecil dari kamu; dan sememangnya kamu orang-orang yang tidak menghiraukan perjanjian setianya.
(al-Baqarah 2: 83)


al-Sunnah menerangkan kaedah pelaksanaan solat dengan merujuk kepada perbuatan yang dilakukan oleh Rasulullah S.A.W:
صلوا كما رأيتموني أصلي
Maksudnya : Solatlah kamu sebagaimana kamu melihat aku bersolat.
                                                            (Riwayat Bukhari, Ahmad, al-Darimi)

3.         Mengkhususkan hukum-hukum yang umum. (Abd Latif Muda & Rosmawati Ali @ Mat Zin 1997: 84)
Hukum-hukum di dalam al-Quran yang umum akan dikhususkan melaui peranan al-Sunnah. Sebagai contoh, pembahagian harta pusaka menurut al-Quran bersifat umum kepada semua anak-anak. Namun, kehadiran al-Sunnah mengkhususkannya dengan menolak golongan pembunuh dari menerima harta pusaka.
Ayat al-Quran yang umum memberi hak pewarisan harta pusaka kepada semua anak tanpa ada halangan ke atas mereka:
ÞOä3ŠÏ¹qムª!$# þÎû öNà2Ï»s9÷rr& ( ̍x.©%#Ï9 ã@÷VÏB Åeáym Èû÷üusVRW{$# 4 bÎ*sù £`ä. [ä!$|¡ÎS s-öqsù Èû÷ütGt^øO$# £`ßgn=sù $sVè=èO $tB x8ts? ( bÎ)ur ôMtR%x. ZoyÏmºur $ygn=sù ß#óÁÏiZ9$# 4 Ïm÷ƒuqt/L{ur Èe@ä3Ï9 7Ïnºur $yJåk÷]ÏiB â¨ß¡9$# $£JÏB x8ts? bÎ) tb%x. ¼çms9 Ó$s!ur 4 bÎ*sù óO©9 `ä3tƒ ¼ã&©! Ó$s!ur ÿ¼çmrOÍurur çn#uqt/r& ÏmÏiBT|sù ß]è=W9$# 4 bÎ*sù tb%x. ÿ¼ã&s! ×ouq÷zÎ) ÏmÏiBT|sù â¨ß¡9$# 4 .`ÏB Ï÷èt/ 7p§Ï¹ur ÓÅ»qム!$pkÍ5 ÷rr& AûøïyŠ 3 öNä.ät!$t/#uä öNä.ät!$oYö/r&ur Ÿw tbrâôs? öNßgƒr& Ü>tø%r& ö/ä3s9 $YèøÿtR 4 ZpŸÒƒÌsù šÆÏiB «!$# 3 ¨bÎ) ©!$# tb%x. $¸JŠÎ=tã $VJŠÅ3ym ÇÊÊÈ  
Maksudnya : Allah perintahkan kamu mengenai (pembahagian harta pusaka untuk) anak-anak kamu, Iaitu bahagian seorang anak lelaki menyamai bahagian dua orang anak perempuan. tetapi jika anak-anak perempuan itu lebih dari dua, maka bahagian mereka ialah dua pertiga dari harta Yang ditinggalkan oleh si mati. dan jika anak perempuan itu seorang sahaja, maka bahagiannya ialah satu perdua (separuh) harta itu. dan bagi ibu bapa (si mati), tiap-tiap seorang dari keduanya: satu perenam dari harta Yang ditinggalkan oleh si mati, jika si mati itu mempunyai anak. tetapi jika si mati tidak mempunyai anak, sedang Yang mewarisinya hanyalah kedua ibu bapanya, maka bahagian ibunya ialah satu pertiga. kalau pula si mati itu mempunyai beberapa orang saudara (adik-beradik), maka bahagian ibunya ialah satu perenam. (pembahagian itu) ialah sesudah diselesaikan wasiat Yang telah diwasiatkan oleh si mati, dan sesudah dibayarkan hutangnya. lbu-bapa kamu dan anak-anak kamu, kamu tidak mengetahui siapa di antaranya Yang lebih dekat serta banyak manfaatnya kepada kamu (pembahagian harta pusaka dan penentuan bahagian masing-masing seperti Yang diterangkan itu ialah) ketetapan dari Allah; Sesungguhnya Allah adalah Maha Mengetahui, lagi Maha Bijaksana.
(an-Nisa 4: 11)
al-Sunnah memberi pengkhususan dengan melarang pembunuh dari mewarisi harta pusaka. Setiap anak yang membunuh waris mereka, tidak layak menerima pusaka. Sabda Baginda Rasululah S.A.W mengenai halangan ini ialah:
لا يرث القاتل
Maksudnya : Pembunuh tidak dapat mewarisi pusaka.
                                                                                    (Riwayat Ibnu Majah Al-Tarmizi)
4.         Memuqayyadkan hukum-hukum al-Quran yang mutlak. (Abd Latif Muda & Rosmawati Ali @ Mat Zin 1997: 84)
Hukum yang terkandung di dalam al-Quran yang mutlak atau tetap akan dimuqayyadkan atau diperincikan lagi menerusi peranan al-Sunnah. Hal ini bagi membolehkan sesuatu hukum itu dilaksanakan dengan lebih teratur. Sebagai contoh, kewajipan memotong tangan bagi pencuri adalah mutlak. Namun, al-Sunnah telah memuqayyadkannya dengan menetapkan kadar nilai barangan yang dicuri itu.
Ayat al-Quran yang mutlak menunjukkan hukuman potong tangan bagi sesiapa yang melakukan kesalahan mencuri.
ä-Í$¡¡9$#ur èps%Í$¡¡9$#ur (#þqãèsÜø%$$sù $yJßgtƒÏ÷ƒr& Lä!#ty_ $yJÎ/ $t7|¡x. Wx»s3tR z`ÏiB «!$# 3 ª!$#ur îƒÍtã ÒOŠÅ3ym ÇÌÑÈ  

Maksudnya : Dan orang lelaki yang mencuri dan orang perempuan yang mencuri maka (hukumnya) potonglah tangan mereka sebagai satu balasan dengan sebab apa yang mereka telah usahakan, (juga sebagai) suatu hukuman pencegah dari Allah. dan (ingatlah) Allah Maha Kuasa, lagi Maha Bijaksana.
(al-Ma’idah 5: 38)
Lafaz al-Sunnah yang menetapkan kadar nilai barangan curian iaitu mestilah  ¼ dinar atau lebih. Pencuri yang mencuri barangan kurang daripada ¼ dinar tidak perlu dipotong tangan.
اقطعوا في ربع دينار ولاتقطعوا فيما هو ادنى من ذلك
Maksudnya : Tidak dipotong tangan melainkan yang mencuri ¼ dinar atau lebih.
                                                                                    (Riwayat Ahmad)

5.         Membawa hukum-hukum baru yang tidak terdapat di dalam al-Quran. (Abd Wahab Khalaf 1996: 73)
Terdapat juga hukum  yang telah dikeluarkan melalui al-Sunnah sama ada menerusi percakapan atau perbuatan Rasulullah S.A.W. Sesungguhnya setiap tindakan dan ucapan Nabi itu adalah dari Allah. Maka, setiap yang diperintahkan oleh Nabi dianggap sebagai perintah daripada Allah. Sebagai contoh, Allah telah melarang seseorang lelaki menghimpunkan adik beradik perempuan sebagai isterinya. Al-Sunnah daripada Baginda Rasulullah S.A.W pula turut melarang seseorang lelaki itu menghimpunkan ibu saudara dan anak saudara sebagai isterinya.
Firman Allah S.W.T yang melarang menghimpunkan adik beradik perempuan sebagai isteri:
ôMtBÌhãm öNà6øn=tã öNä3çG»yg¨Bé& öNä3è?$oYt/ur öNà6è?ºuqyzr&ur öNä3çG»£Jtãur öNä3çG»n=»yzur ßN$oYt/ur ˈF{$# ßN$oYt/ur ÏM÷zW{$# ãNà6çF»yg¨Bé&ur ûÓÉL»©9$# öNä3oY÷è|Êör& Nà6è?ºuqyzr&ur šÆÏiB Ïpyè»|ʧ9$# àM»yg¨Bé&ur öNä3ͬ!$|¡ÎS ãNà6ç6Í´¯»t/uur ÓÉL»©9$# Îû Nà2Íqàfãm `ÏiB ãNä3ͬ!$|¡ÎpS ÓÉL»©9$# OçFù=yzyŠ £`ÎgÎ/ bÎ*sù öN©9 (#qçRqä3s? OçFù=yzyŠ  ÆÎgÎ/ Ÿxsù yy$oYã_ öNà6øn=tæ ã@Í´¯»n=ymur ãNà6ͬ!$oYö/r& tûïÉ©9$# ô`ÏB öNà6Î7»n=ô¹r& br&ur (#qãèyJôfs? šú÷üt/ Èû÷ütG÷zW{$# žwÎ) $tB ôs% y#n=y 3 žcÎ) ©!$# tb%x. #Yqàÿxî $VJŠÏm§ ÇËÌÈ  
Maksudnya : Diharamkan kepada kamu berkahwin dengan (perempuan-perempuan yang berikut): ibu-ibu kamu, dan anak-anak kamu, dan saudara-saudara kamu, dan saudara-saudara bapa kamu, dan saudara-saudara ibu kamu dan anak-anak saudara kamu yang lelaki, dan anak-anak saudara kamu yang perempuan, dan ibu-ibu kamu yang telah menyusukan kamu, dan saudara-saudara susuan kamu, dan ibu-ibu isteri kamu, dan anak-anak tiri yang dalam pemeliharaan kamu dari isteri-isteri yang kamu telah campuri; tetapi kalau kamu belum campuri mereka (isteri kamu) itu (dan kamu telahpun menceraikan mereka), maka tiadalah salah kamu (berkahwin dengannya). dan (haram juga kamu berkahwin dengan) bekas isteri anak-anak kamu sendiri yang berasal dari benih kamu. dan diharamkan kamu menghimpunkan dua beradik sekali (untuk menjadi isteri-isteri kamu), kecuali yang telah berlaku pada masa yang lalu. Sesungguhnya Allah adalah Maha Pengampun, lagi Maha Mengasihani.
(An-Nisa 4: 23)
Lafaz al-Sunnah pula menambahkan golongan wanita yang haram dihimpunkan sebagai isteri ialah ibu saudara dan anak saudara. Sabda Baginda Rasulullah S.A.W yang menyatakan larangan ini ialah:
لا تجمع بين المرأة وعمتها ولا بين المرأة وغالت
Maksudnya : Dan janganlah kamu menghimpun antara seorang perempuan dengan ibu saudaranya.
(Riwayat Bukhari, Muslim)

Kesimpulannya, al-Sunnah mempunyai kaitan yang sangat rapat dengan al-Quran sebagai sumber dalam menetapkan sesuatu hukum. Al-Sunnah adalah sumber hukum yang utama selepas daripada al-Quran. Oleh itu, setiap umat Islam wajib beriman dengan al-Sunnah dan sesiapa yang menolaknya adalah kufur.


KESIMPULAN
Konklusinya, al-Sunnah merupakan wahyu Allah Taala yang dianugerahkan kepada Rasulullah SAW untuk disampaikan kepada seluruh manusia sama ada dalam bentuk perbuatan, kalam, taqrir serta akhlak. Al-Sunnah merupakan pertunjuk yang kedua dalam perundangan Islam yang sesuai digunakan oleh manusia secara universal di setiap waktu, zaman dan tempat tanpa mengira kulit, bangsa dan rupa. Walaupun kehujahan hadis Nabawi adalah berdasarkan periwayatan oleh perawi-perawi mengikut kaedah sanad dan matan, tidak bermaksud hadis kurang sesuai digunakan sebagai perundangan kerana keasliannya begitu terpelihara oleh perawi-perawi melalui penentuan berdasarkan kedua-dua prinsip ini.
            Secara keseluruhannya, peranan al-Sunnah begitu penting dalam perundangan Islam kerana apa yang dikatakan,diamalkan dan perbuatan Nabi adalah benar tanpa dicampuri dengan unsur keraguan kerana ia adalah Wahyu Allah SWT. Oleh itu, para mujtahid dan mukminin perlu patuh pada prinsipnya dan keingkaran terhadapnya boleh menyebabkan kekufuran dan dinafikan keahlian tauhidnya.










RUJUKAN
Abbas Mutawalli . t,t .al-Sunnah al-Nabawiyyah wa Makanatiha Fi al-tashri . Kaherah : Darul al-Khaumiyyah Littoba’h wa al-nashar.
Abdullah bin Ishak . 1997 . Sumber Perundangan Islam Dan Tanggungjawab Muslim . Kuala Terengganu : Aspirasi Teras .
Abd Karim Ali & Mohd Noor Deris. 2007. Pengajian al-Sunnah.  Kuala Lumpur : Intel Multimedia and Publication
Abd Karim Zaidan . 2004 . Al – Wajiz Fi Usul Al-Fiqh . Beirut : Muassah Risalah
Abd Latif Muda dan Rosmawati Ali @ Mat Zin . 1997 . Pengantar Usul Fiqh . Kuala Lumpur : Ilham Abati Enterprise .
Abd Wahab Khalaf. 1996. Ushulul Fiqh : Gema Risalah Press
‘Abdul Wahab Khallaf . 1968 . Usul al-Fiqh . Darul al-Kuwayytiah Littoba’ah wa al-Nashar.
Azwira bin Abdul Aziz . 2009. Asas-asas Pengajian Hadith Hukum . Fakulti Pengajian Islam, UKM.
Badran Abu Ainain Badran. 1972. Al-Syariah Al-Islamiyyah. Iskandariah
Hassan Bin Ahmad . 1998 . Usul Fiqh dan Qawaid Fiqhiyyah . Kuala Lumpur : Pustaka Hj Abd Hamid .
Mahmood Zuhdi Hj Ab Majid & Paizah Hj Ismail. 2004. Pengantar Pengajian Syariah. Kuala Lumpur : Al-Baian Corporation Sdn. Bhd
Mohd Khairi Bin Zainuddin.2010. Miftah al-Tullab. Negeri Sembilan : AL Azhar Media Enterprise.
Mustofa Al-Siba’i . 1978 . al-Sunnah wa Makanatiha Fi al-Tashri’ al-Islamiyy . Damshik : al-Maktab al-Islamiyy.
Wahbah al-Zuhaili . 1964 . al-Wasit Fi usul al-fiqh  al-Islamiyy . Beirut : Darul Fikr                                   Litthaba’ah Wa al-Nashr wa al-tauzi.

DISEDIAKAN OLEH :
MOHD ROZAINI BIN AHMAD     A132121
MOHD SYAZWAN BIN BAKARI             A135454
MUHAMMAD SYAZWI BIN YUSOF       A132236
MUHAMMAD ZAKWAN BIN HALIM     A132810

No comments:

Post a Comment