Tuesday, February 7, 2012

Surat Makluman

Assalamualaikum wrt.wbt dan Salam Sejahtera                       
Rujukan                 : Alpha Jerai Rovers/2012/01
                                                                                                          Tarikh                     : 06 Februari 2012M
­­­­­­­­­­­­Ahli-ahli Pengakap Kelana A Jerai
Yan Kedah Darul Aman

Melalui,

Muhamad Haikal B. Mansor
Pengerusi,
Pengakap Kelana A Jerai
Yan Kedah Darul Aman

Saudara/i,

MAKLUMAN PENDAFTARAN KEAHLIAN PENGAKAP KELANA BAGI TAHUN 2012

Dengan hormatnya izinkan saya merujuk perkara di atas, sukacita dimaklumkan bahawa Pengakap Kelana A Jerai akan mengadakan proses pendaftaran ahli untuk tahun 2012 seperti ketetapan berikut :

Tarikh                                   : 07 hingga 27 Februari 2012
Yuran Pendaftaran              : RM 10

2.     Sehubungan itu, jika saudara/i berminat untuk mendaftar sebagai ahli untuk tahun 2012, saudara/i bolehlah mengisi borang yang disediakan di facebook Alpha Jerai Rovers. Setelah selesai, borang tersebut hendaklah di emailkan ke alamat email berikut :


3.   Pembayaran yuran pendaftaran pula boleh di buat melalui akaun Bank Simpanan Nasional (BSN), no. akaun 02125-29-00007821-6 atas nama Muhammad Zakwan Bin Halim. Setelah selesai membuat pembayaran, saudara/i diminta untuk maklumkan kepada saya secepat mungkin.

4.     Sebarang pertanyaan lanjut, boleh terus menghubungi saudara Muhamad Haikal bin Mansor ditalian 0195256946 atau Muhammad Zakwan bin Halim ditalian 0134858467.

Kerjasama yang pihak saudara/i berikan amatlah dihargai dan didahului dengan ucapan terima kasih.

Sekian.

“BERKHIDMAT UNTUK MASYARAKAT MELALUI PENGAKAP”

Yang menjalankan tugas,

MUHAMMAD ZAKWAN BIN HALIM
Setiausaha
Pengakap Kelana A Jerai
Yan Kedah Darul Aman
No Tel : 0134858467




s.k   -   Pengerusi Pengakap Kelana A Jerai
            Fail s/u
                                       


No comments:

Post a Comment