Tuesday, July 26, 2011

WANITA CIPTAAN ISTIMEWA



1. Kecantikan seorang wanita ialah terletak sejauh mana ia dapat menahan (menjaga) malunya, sementara kegagahan seorang lelaki ialah terletak sejauh mana ia dapat menahan (menjaga) marahnya.

2. Orang yang membujang adalah orang yang belum menemukan penghibur duka dan dia baru memperolehinya dengan berkahwin.

3. Suami adalah orang yang mencari kebahagiaan hidup dengan menghilangkan sebahagian kemerdekaannya.

4. Wanita menghadapi banyak permasalahan; sebahagian diatasi dengan berkahwin dan sebahagian yang lain diatasi setelah dia masuk ke liang kubur.

5. Mata yang paling indah tetapi juga harus diwaspadai adalah mata kaum wanita.

6. Jangan menyalahkan perasaan isteri anda kerana perasaannya yang terbaik ialah ketika ia menerima anda sebagai suami.

7. Perawan tua ialah wanita yang kehilangan kesempatan menyusahkan seorang lelaki.

8. Yang diinginkan seorang gadis dari dunia ini hanyalah seorang suami, dan apabila ia sudah memperolehinya, ia menginginkan segala- galanya.

9. Wanita bisa memaafkan suatu pengkhianatan suaminya, tetapi dia tidak bisa melupakannya.

10. Kecantikan wanita tidak bererti apa-apa dibandingkan dengan kemuliaan akhlak dan perilakunya.

11. Sebelum kahwin, wanita hafal seluruh jawapan dan sesudah kahwin, ia hafal seluruh pertanyaan.

12. Barangsiapa mengahwini wanita kerana hartanya, maka dia telah menjual kemerdekaannya.

13. Wanita adalah bintang dan pelita bagi lelaki. Tanpa pelita, lelaki bermalam dalam kegelapan.

14. Wanita lebih cepat daripada lelaki dalam menangis dan dalam mengingatkan peristiwa yang menyebabkan dia menangis.

15. Wanita tertawa bila ia mampu dan menangis apabila ia menginginkan sesuatu..

16. Pudarlah kebahagiaan seorang wanita jika ia tidak mampu menjadikan suaminya teman yang termulia.

17. Wanita sangat berlebihan dalam mencintai dan membenci, dan tidak mengenal pertengahannya.

18. Wanita selalu tergolong manusia halus dan lembut sampai saat dia berkahwin.

19. Tidak mungkin seorang lelaki hidup bahagia tanpa didampingi oleh isteri yang mulia.

20. Wanita hidup untuk berbahagia dengan cinta, sementara lelaki mencintai untuk hidup berbahagia.

21. Kebijaksanaan wanita terletak di dalam hatinya.

22. Seorang wanita yang bijaksana menambahkan gula pada kalimatnya setiap kali berbicara dengan suaminya, dan mengurangi garam pada ucapan suaminya.

23. Cincin perkahwinan adalah cincin termahal di dunia, sebab mengharuskan pemberinya mengingatkan harganya setiap bulan tanpa henti.

24. Sesungguhnya tidak ada wanita yang sangat cantik, yang ada ialah kaum lelaki yang sangat lemah bila berhadapan dengan kecantikan.

25. Bagi lelaki, yang terakhir kali mati ialah jantungnya dan bagi wanita adalah lidahnya.

26. Wanita tidak diciptakan untuk dikagumi semua lelaki tetapi sebagai sumber kebahagiaan seorang suami.

27. Pada waktu bertunang, lelaki banyak berbicara dan perempuan mendengarkan. Pada saat perkahwinan, perempuan berbicara dan pengantin lelaki mendengarkan. Sesudah perkahwinan, suami dan isteri banyak berbicara dan para jiran tetangga mendengarkan.

28. Setiap wanita mempunyai dua mata. Adapun wanita yang cemburu berlebihan mempunyai tiga mata. Satu di sebelah kanan, satu di sebelah kiri dan yang ketiga diarahkan kepada suami.

29. Wanita pada umumnya takut akan tiga hal : tikus, munculnya uban dan wanita-wanita cantik yang menjadi saingannya.

30. Isteri yang bersikap jujur dan setia kepada suami meringankan setengah beban kehidupan suaminya.

31. Seorang wanita menghadapi kesulitan apabila ia berada di antara lelaki yang dicintainya dan yang mencintainya.

Wednesday, July 6, 2011

RAHSIA DI SEBALIK WUDUK





·         Ketika berkumur, berniatlah kamu dengan, “Ya Allah ampunilah dosa mulut dan lidahku ini”.
**kita hari-hari bercakap benda-benda atau perkara-perkara yang tidak berfaedah.

·         Ketika membasuh muka, berniatlah kamu dengan, “Ya Allah putihkanlah mukaku ini di akhirat kelak. Janganlah Engkau hitamkan mukaku ini”.
**ahli-ahli syurga mukanya putih berseri.

·         Ketika membasuh tangan kanan, berniatlah kamu dengan, “Ya Allah berikanlah hisab-hisabku di tangan kananku ini”.
**ahli-ahli syurga diberikan hisab-hisabnya di tangan kanan.

·         Ketika membasuh tangan kiri, berniatlah kamu dengan, “Ya Allah janganlah Engkau berikan hisab-hisabku di tangan kiriku ini”.
**ahli-ahli neraka diberikan hisab-hisabnya di tangan kiri”.

·         Ketika membasuh kepala, berniatlah kamu dengan, “Ya Allah lindungilah daku dari terik matahari di Padang Mahsyar dengan Arasyh Mu”.
**panas di Padang Mahsyar macam matahari sejengkal di atas kepala.

·         Ketika membasuh telinga, berniatlah kamu dengan, “Ya Allah ampunilah dosa telingaku ini”.
**setiap hari kita mendengar orang mengumpat dan fitnah-memfitnah dsb.

·         Ketika membasuh kaki kanan, berniatlah kamu dengan, “Ya Allah permudahkanlah aku melintasi titian Saratul Mustaqqim”.
**ahli-ahli syurga melintasi titian ini dengan pantas sekali.

·         Ketika membasuh kaki kiri, berniatlah kamu dengan, “Ya Allah bawakanlah daku pergi ke masjid-masjid dan surau-surau dan bukan ke tempat-tempat maksiat”.
**Qada’ dan Qadar kita di tangan Allah.


Sekadar Renungan Bersama…

Ramai di antara kita yang tidak sedar akan hakikat bahawa setiap yang dituntut dalam Islam mempunyai hikmah yang tersendiri.

Pernahkah kita terfikir mengapa kita mengambil wuduk sedemikian rupa?
Pernahkah kita terfikir segala hikmah yang kita perolehi apabila kita menghayati Islam dengan sebaiknya?
Pernahkah kita terfikir mengapa Allah lahirkan kita sebagai umat Islam?

Bersyukurlah kita dikurniakan nikmat yang tidak tidak terhingga ini...